JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 2011

jawatan kosong kerajaan

Jawatan kosong di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

 

Latar belakang majikan

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.
Bidang tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada 4 Kementerian iaitu :
  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
  • Kementerian Perusahaan Utama dan
  • Kementerian Pertanian
Jabatan-jabatan tersebut adalah seperti berikut :
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dari Kementerian Perusahaan Utama
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dari Kementerian Pertanian
Bidang utama NRE adalah sebagaimana yang berikut :
Pengurusan sumber asli
a. Pengurusan hutan
b. Pengurusan saliran dan pengairan
c. Pengurusan hidupan liar
d. Pengurusan mineral
Pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar dan kawasan perlindungan
a. Pemuliharaan alam sekitar
b. Pengurusan taman laut
Pengurusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan
a. Pengurusan dan pentadbiran tanah
b. Pengukuran tanah
c. Prosesan Pemetaan

 

Iklan Jawatan Kosong Terkini Di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

  1. PEMBANTU AM PEJABAT N1 (1 KEKOSONGAN)
  2. PEKERJA AWAM R1 (2 KEKOSONGAN)
  3. PEKERJA AWAM KHAS R3 (3 KEKOSONGAN)
  4. PEMANDU KENDERAAN R3 (4 KEKOSONGAN)
  5. PENGHANTAR NOTIS N3 (5 KEKOSONGAN)

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Kosong Ini

Close date: 31 Mac 2011

Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong ini:

  • Iklan lengkap Jawatan Kosong Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Borang permohonan jawatan kosong

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>