JAWATAN KOSONG DI SYARIKAT AIR TERENGGANU 2011

jawatan kosong kerajaan

Jawatan Kosong Di Syarikat Air Terengganu

 

Latar belakang majikan

Syarikat air terengganu merupakan satu-satunya Syarikat yang diberi lesen membekalkan air bersih kepada semua pelanggan domestik dan industri di Negeri Terengganu Darul Iman.

HALATUJU SYARIKAT

VISI
  • Ke Arah Sebuah Organisasi Bekalan Air Terulung Di Negara Ini.
  • MISI
  • Membekalkan Air Bersih Bermutu Tinggi dan mencukupi disamping terus meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pengguna.
  • Penyataan Tujuan
  • Kami Bertanggungjawab Menyediakan Bekalan Air Bersih Yang Bermutu Kepada Pengguna Dan Sebagai Balasan Pengguna Pula Membantu Meningkatkan Jualan Kami.
  •  

     

    PIAGAM PELANGGAN

  • Membekalkan air bersih yang berkualiti dan mencukupi kepada semua pengguna.
  • Pemasangan meter air baru akan dibuat dalam masa satu(1) hari bekerja selepas wang cagaran diterima.
  • Semua pertanyaan mengenai bil-bil akan dijawab dalam tempoh tidak melebihi satu(1) hari.
  • Meter air yang telah dipotong sambungannya akan disambung dalam masa tidak melebihi satu(1) hari selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan.
  • Wang cagaran atau bakinya akan dipulang balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh(30) hari melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan diterima.
  • Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu selewat-lewatnya dua(2) hari sebelum ianya dijalankan.
  • Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi satu(1) hari untuk memperbaiki paip air yang pecah setelah aduan diterima.
  • Tindakan akan diambil tidak melebihi dua(2) hari untuk membaiki paip air yang bocor setelah aduan diterima.
  •  

    Iklan Jawatan Kosong Terkini Di Syarikat Air Terengganu

     

    Dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

    1. Jawatan kosong: PEGAWAI (TEKNIKAL) GRED SG2T
    2. Jawatan kosong: PENOLONG PEGAWAI, AGIHAN (JURUGEGAS) GRED SG3T
    3. Jawatan kosong: PENOLONG PEGAWAI, PENGELUARAN (OPERATOR LOJI) GRED SG3T
    4. Jawatan kosong: PEN. PEGAWAI, KHIDMAT PELANGGAN (PEMBACA METER AIR) GRED SG3

    SEMUA JAWATAN BERTARAF KONTRAK DAN HANYA TERBUKA KEPADA PEMOHON LELAKI SAHAJA

     

    Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Kosong Ini

     

    Close date : 10 MAC 2011


    Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong:

    Download Iklan lengka jawatan kosong
    Muat turun Borang Permohonan jawatan kosong

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>