JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI YAYASAN PAHANG 2011

jawatan kosong kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di Yayasan Pahang

 

Latar belakang Yayasan Pahang

Perasmian Yayasan Pahang telah disempurnakan pada 29 September 1983 oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, yang DiPertuan Agong pada ketika itu. Operasi pentadbirannya pula bermula pada tahun 1983 di Tingkat 19, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Misi utama penubuhan Yayasan Pahang adalah untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Penubuhan Yayasan Pahang ini dengan sendirinya telah mengambilalih fungsi tiga badan utama yang ditugaskan untuk memberi bantuan pendidikan dan melihat kebajikan anak-anak Pahang iaitu:
Lembaga Biasiswa Pelajaran Tinggi Negeri Pahang yang mengendalikan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada anak-anak Pahang yang berjaya mendapat tempat di universiti-universiti dan institusi-institusi awam.

• Jemaah Biasiswa Pelajaran Tinggi Agama Islam Pahang yang mengendalikan pemberian biasiswa kepada anak-anak Pahang yang berjaya mendapat tempat di Universiti Al-Azhar, Mesir.

• Unit Kewangan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri yang mengendalikan pemberian biasiswa kepada pelajar di peringkat sekolah menengah kerajaan di negeri Pahang.

Yayasan Pahang yang dinaungi oleh YAB Dato’ Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah kini semakin mantap dengan penubuhan anak-anak syarikat YP Plantations Sdn. Bhd, IKIP Education dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Pahang yang mempunyai misi dan visinya tersendiri bagi mengukuhkan lagi kedudukan Yayasan Pahang dalam bidang pendidikan.

Sebagai organisasi yang menjadi pemangkin kepada penjanaan modal insan bertaraf dunia, Yayasan Pahang kini memberi fokus kepada kuantiti selaras dengan kualiti pelajar yang menerima bantuan. Selaku organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan anak-anak Pahang, Yayasan Pahang menyediakan pakej pendidikan lengkap kepada anak-anak negerinya meliputi pelajar sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, masyarakat bekerja dan masyarakat minoriti Orang Asli.

Setelah 25 tahun beroperasi, Yayasan Pahang kini telahpun berupaya untuk mempunyai kompleks pentadbirannya sendiri yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kompleks yang menjadi mercu tanda bandar Kuantan ini akan memantapkan lagi usaha-usaha Yayasan Pahang melahirkan modal insan cemerlang, matang dan seimbang yang agen penting bagi menjayakan Wawasan 2020 negara.

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Di Yayasan Pahang

 

Yayasan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Yayasan Pahang seperti berikut:

1. Jawatan Kosong Kerajaan: PENOLONG AKAUNTAN W27
2. Jawatan Kosong Kerajaan: PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
3. Jawatan Kosong Kerajaan: PEMBANTU AKAUNTAN W17

 

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Ini

 

Tarikh Tutup Permohonan : 7 Jun 2011

Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong kerajaan ini:

1. Syarat kelayakan jawatan kosong kerajaan ini

2. Borang permohonan jawatan kosong kerajaan ini

3 thoughts on “JAWATAN KOSONG KERAJAAN TERKINI DI YAYASAN PAHANG 2011

  1. adib syahirah bt abd rahim

    assalamualaikum.saya berminat dgn jawatan pembantu tadbir N17,saya amat memerlukan kerja ini..jika ada kekosongan sila hubungi saya melalui gmail : sha.sayrah@gmail.com atau tel : 019-9093994..

    Reply
  2. Norhidayu Bt Abd Ghafar

    saya masih mencari2 kerja sbg kerani am…sekiranya ada kekosongan,please call sy di no 0139507286…pengalaman 3thun dlm bidang perkeranian.

    Reply
  3. ASMIDA BT ABDUL MUIN

    saya sedang mncri pekrjaan y tetap…skiranya jwtn kerani msh ada kekosongan blh lh mghubungi sya 0148311835…sijil tertggi adlh stpm.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>