Tag Archives: tip temuduga jururawat

Rahsia Disebalik Soalan Temuduga. – Apa yang Penemuduga Mahu Dengar Dari Anda?

Seorang penemuduga tidak akan bertanya soalan yang sia – sia, Dia pasti ada maksud tersembunyi dari setiap soalan yang dia tanya. Berikut saya  senaraikan 10 soalan temuduga yang popular dan rahsia kenapa panel temuduga bertanya.

Soalan pertama : Apa yang anda lakukan selepas tamat belajar? / Apa yang anda lakukan selepas berhenti bekerja?

Kedua – dua soalan ini adalah untuk menguji sama ada anda seorang yang berkebolehan, bersemangat dan mempunyai hala tuju yang jelas. Jika anda jawab, anda tidak berbuat apa -  apa, anda akan kalah. Anda perlu jawab bahawa anda gunakan masa terluang untuk perbaiki diri seperti hadiri kursus tertentu atau belajar sendiri di rumah. Anda perlu tunjukkan anda pandai gunakan masa yang terluang.

Soalan kedua : Sudah berapa lama anda menganggur ?

Soalan ini bertujuan untuk ambil tahu berapa lama anda tidak bekerja. Jika lama, panel temuduga ingin tahu apa yang anda lakukan untuk menampung makan minum anda.  Anda jawab sahaja dengan jujur dan berikan alasan yang logik.

 Soalan ketiga : Kenapa anda mahukan kerja ini?

Ini adalah soalan wajib di tanya setiap kali temuduga .  Soalan ini bertujuaan untuk membezakan individu  yang hadir ke temuduga. Dari jawapan yang mereka peroleh, mereka boleh tahu yang mana berkualiti dan mana tidak berkualiti.Mereka biasanya akan klasifikasikan jawapan itu berkualiti jika individu itu menjawab soalan dengan penuh yakin tanpa ragu – ragu.

Soalan keempat : Apakah pencapaian terbaik anda?

Soalan ini mahu menguji sejauh mana anda boleh mengasah kebolehan diri anda. Ceritakan sahaja perkara yang jujur. Panel temuduga mahu tahu kemahiran yang anda ada dan sejauh mana kemahiran anda itu berkembang. Jika pencapaian anda tidaklah begitu membanggakan, katakan anda sedia belajar dan hadiri kursus untuk tingkatkan kemahiran anda.

Soalan kelima : Berapakah gaji yang anda mahu atau berapakah gaji di tempat kerja lama anda?

Majikan bertanya soalan ini adalah mahu tahu kos anda sebagai pekerja jika dia ambil anda bekerja. Beritahu jumlah yang anda mahu tetapi katakan anda sedia bekerja pada gaji yang kurang asalkan ada peluang untuk gaji itu naik di masa akan datang.

Soalan keenam : Apakah kelemahan anda? atau Apakah kekuatan anda?

Soalan ini bertujuan mahu tahu sejauh mana anda sedia untuk perbaiki kelemahan anda dan sejauh mana anda mengenal pasti kekuatan diri anda. Jawab soalan ini dengan penuh yakin, anda pasti akan selamat. Jual sahaja diri anda. Jika di tanya mengenai kelemahan, anda katakan dengan jujur apa kelemahan anda dan beritahu juga apa yang bakal anda lakukan untuk atasi kelemahan anda itu.

Soalan ketujuh : Adakah sedia untuk bekerjasama dengan rakan sekerja yang lain?

Ini adalah soalan biasa ketika temuduga. Majikan mahu tahu sama ada anda ada sifat kerjasama yang baik atau tidak. Ini kerana kerja berkumpulan adalah penting untuk menaikkan mana – mana syarikat. Jika anda bersifat individu, buang sikap itu dan rendahkan diri untuk bekerjasama dengan berbagai orang. Katakan dengan yakin pada bakal majikan anda itu bahawa anda sedia bekerjasama demi kebaikan syarikat.

Soalan kelapan : Apakah matlamat anda dalam masa lima tahun akan datang?

Soalan ini untuk ambil tahu cita – cita anda. Mereka mahu tahu rancangan anda supaya mereka tidak terambil pekerja yang ingin berhenti dalam masa setahun dua lagi.  Anda jawab sahaja soalan ini dengan yakin yang anda mahu perkembangkan bakat anda di syarikat itu pada lima tahun akan datang. Jangan takut untuk memberi janji kerana jika anda tidak dapat kerja di situ, belum tentu anda akan dapat kerja di tempat lain. Rebut sahaja peluang di hadapan mata.

Soalan kesembilan : Kenapa saya perlu ambil anda bekerja?

Soalan ini bertujuan mahu memberi peluang pada calon untuk menjual diri mereka. Anda ambil kesempatan ini dengan menjual diri anda. Jangan lepaskan peluang. Cerita dengan yakin yang anda memang layak mendapat pekerjaan itu.

Soalan kesepuluh : Adakah ada soalan yang anda ingin tanya pada saya ? atau Adakah ada soalan yang anda ingin saya tanya anda ?

Majikan akan beri soalan sebegini untuk menguji sama ada anda memberi perhatian pada temuduga itu atau tidak. Jangan jawab tidak , jawab sahaja ya dan beri jawapan yang anda rasa sesuai. Menjawab ya menunjukkan anda sangat berminat untuk hadir temuduga dan bekerja di syarikat itu.

Rahsia Berjaya Temuduga: 6 Perkara Mesti Tahu Sebelum Pergi Temuduga Kerja

Sebelum anda hadiri satu – satu temuduga itu, anda perlu terlebih dahulu lakukan persediaan. Persediaan yang rapi akan memastkan perjalanan temuduga anda berjalan dengan lancar kelak.

Berikut adalah 6 perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai tempat kerja sebelum hadiri temuduga kerja.

Perkara pertama : Maklumat asas mengenai syarikat.

Ambil tahu sebanyak mungkin maklumat mengenai syarikat. Lawat laman web mereka dan baca semua maklumat yang ada. Dari sini anda nampak corak dan cara syarikat itu bekerja. Jadi, anda boleh sediakan diri anda sebagai orang yang paling di kehendaki syarikat. Lagi banyak anda tahu mengenai syarikat tempat temuduga anda itu, lagi senang untuk anda menjawab soalan nanti.

Perkara kedua : Syarikat pesaing.

Selain syarikat tempat anda bakal temuduga, ambil tahu juga syarikat pesaing bagi syarikat tempat temuduga anda itu. Maklumat yang anda dapat ini dapat di gunakan untuk menjual diri anda nanti. Anda boleh beri idea dan tunjukkan kenapa anda tidak patut di lepaskan untuk bekerja di syarikat pesaing mereka. Secara tidak langsung, anda juga boleh memahami visi dan misi sebenar syarikat tempat temuduga anda itu apabila anda ambil tahu syarikat yang bersaing dengannya.

Perkara ketiga : Pekerjaan yang anda mohon.

Ambil tahu skop pekerjaan yang anda mohon itu. Apakah perkara yang anda kena lakukan jika anda bekerja nanti. Dari sini, anda akan lebih bersedia apabila temuduga nanti kerana anda sudah nampak bayangan apa yang perlu anda lakukan jika bekerja nanti.

Perkara keempat : Budaya syarikat.

Ambil tahu budaya syarikat yang bakal anda bekerja itu. Contohnya ada syarikat yang tidak suka pekerja mereka datang lewat, ada juga syarikat yang mahukan pekerjannya ada pegangan agama. Apabila anda tahu budaya syarikat, senanglah anda untuk memikat hati panel temuduga nanti.

Perkara kelima : Bos syarikat.

Ambil tahu barisan tertinggi syarikat. Jika ada panel temuduga yang anda kenal dan dia bertanya soalan pada anda, anda jawab sambil menyebutkan nama dia. Dia pasti akan teruja kerana anda kenal dia.

Perkara keenam : Cabaran masa hadapan syarikat.

Siasat cabaran yang syarikat perlu hadapi pada masa haapan. Mereka pasti akan rasa kagum apabila mereka tahu anda begitu ambil berat akan hal syarikat. Berikan pendapat yang bernas mengenai cabaran masa hadapan.

Lagi banyak anda tahu, lagi besar peluang untuk anda menjawab soalan temuduga dengan baik.

Tips Temuduga: Persediaan Umum untuk Hari Temuduga

Bagi mereka yang tidak pernah hadiri temuduga, berikut ada 8 tip sebagai persediaan anda menghadapi hari temuduga.

1. Bersikap positif dengan diri anda. Anda jangan berfikir negatif. Anda tekad mahu lakukan yang terbaik dan sentiasa berfikir dengan positif. Untuk bersikap positif, sudah tentu anda perlu lakukan persediaan awal. Oleh itu, anda lakukan persediaan dengan sebaik – baiknya.

2. Sentiasa bersedia menjawab soalan yang biasa di tanya. Cari di internet koleksi soalan yang biasa di tanya ketika temuduga, anda sediakan jawapan untuk soalan – soalan itu.

3. Anda perlu tahu kenapa anda memohon jawatan kosong itu. Selain itu, anda perlu tahu kenapa anda di perlukan mereka. Apabila anda tahu dua perkara ini, jawapan anda ketika di tanya berbagai soalan nanti adalah lebih tepat kerana minda anda sudah di set pada paksi yang betul.

4. Kaji skop pekerjaan anda anda perlu tahu apa yang anda akan lakukan jika di terima bekerja nanti.

5. Siasat segala kebolehan dan kelebihan yang anda ada. Gunakan maklumat ini untuk menjual diri anda nanti.

6. Pastikan diri anda membawa semua perkara yang di minta oleh majikan untuk di bawa pada hari temuduga.

7. Rancang perjalanan dengan teliti iaitu anda mesti sampai ke lokasi temuduga pada masa yang awal.

8. Pastikan diri anda berada pada tahap terbaik di hari temuduga iaitu mempunyai tidur yang cukup, otak yang cerdas dan badan yang cergas.

5 Tips Penting Sebelum Pergi Temuduga Kerja

Ketika anda mendapat panggilan untuk hadir temuduga kerja, pastikan anda baca dan amal lima tip di bawah.

1. Lihat kembali kerja anda mohon itu. Kemudian, anda belajar skop kerja berdasarkan jawatan yang anda pohon itu. Fikirkan cara untuk yakinkan panel temuduga bahawa anda boleh memenuhi kriteria yang mereka mahu. Apabila menjawab soalan, anda jawab dengan meletakkan diri anda sebagai pekerja di syarikat itu. Katakan anda mohon jawatan jurutera, anda jawab soalan temuduga dari sudut seorang bakal jurutera di syarikat itu.

2. Tumpukan pada diri anda ketika menjawab soalan temuduga nanti. Jangan cerita mengenai hal atau kebolehan orang lain. Anda yang akan bekerja, bukannya orang lain.

3. Buat kajian mengenai syarikat tempat temuduga anda. Ambil tahu mengenai visi dan misi mereka, apa yang mereka buat dan bagaimana jawatan yang anda mohon itu boleh membantu syarikat terus maju. Apabila anda kuasai kehendak syarikat, anda pasti senang untuk menjawab soalan nanti.

4. Fikirkan soalan yang bakal anda tanya pada bakal majikan. Selalunya panel temuduga akan beri ruang pada diri anda untuk bertanya soalan pada mereka. Jangan tanya soalan yang mudah seperti berapa gaji, berapa hari cuti dan sebagainya. Tanya sesuatu yang hebat seperti Adakah syarikat ini mahu merebut peluang dalam pasaran luar bandar?

5. Akhir sekali, anda sediakan jawapan lengkap bagi soalan “ Ceritakan pada kami tentang diri anda” dan “ kenapa saya perlu ambil diri anda bekerja” . Kedua – dua soalan ini anda perlu tumpukan perhatian dengan sepenuhnya supaya anda dapat menjual diri dengan lebih berkesan.

5 Perkara Yang Diperhatikan Penemuduga

Ada lima perkara yang selalunya panel temuduga akan nilai anda. Lima perkara itu adalah :

Reputasi

Reputasi bermaksud pencapaian anda. Apakah ijazah yang anda ada, kelayakan yang anda ada atau sijil yang anda ? Panel temuduga akan lihat itu dari anda. Mereka mahu tahu apa yang anda mampu lakukan untuk pihak syarikat. Lagi mahir anda, lagi tinggi reputasi anda di mata mereka.

Kebolehan diri

Penemuduga selalunya akan mengambil pekerja yang mereka rasa paling mahir antara calon yang hadir. Oleh itu, sebelum anda mohon kerja, pastikan diri anda mahir sebanyak mungkin perkara berkaitan kerja anda. Walaupun anda tidak kemahiran, sekurang – kurangnya tunjukkan diri anda mampu untuk mahir dalam masa yang sekejap.

Keyakinan diri

Calon temuduga yang paling nampak yakin adalah potensi paling baik untuk syarikat. Apabila seseorang itu ada keyakinan diri, dia boleh selesaiakan berbagai masalah dan boleh maju dengan cepat. Oleh itu, anda perlu nampak yakin.

Pandai menjaga maruah dan jujur

Selalunya penemuduga akan senarai pendekkan calon yanga mereka rasa ada kejujuran dan integriti. Dua sifat ini adalah penting pada sesebuah syarikat kerana orang yang tiada sifat jujur, ia pasti akan memberi kesan buruk pada syarikat di masa hadapan kelak. Oleh itu, anda perlu jawab semua soalan dengan jujur dan tegas.

Apa rancangan anda untuk lima tahun akan datang?

Soalan di atas adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesetiaan anda. Pihak syarikat sudah tentu akan mengambil pekerja yang sedia untuk setiap pada syarikat untuk masa yang lama.

8 tips Persediaan Diri untuk Hadapi Hari Temuduga

Temuduga sentiasa akan membuatkan diri anda rasa gemuruh dan tertekan. Sebagai panduan, saya sertakan lapan tip persediaan diri untuk anda . Gunakan lapan tip ini untuk memudahkan urusan anda kelak.

1. Sebaik sahaja terima panggilan untuk hadir temuduga, anda terus tentukan cara hendak pergi ke tempat temuduga itu. Jangan tangguh – tangguh. Terus tentukan kenderaan dan cara anda hendak pergi ke tempat temuduga itu. Paling penting, anda tahu jalan hendak pergi.

2. Ambil tahu apa yang anda perlu bawa ketika hadiri temuduga nanti. Sediakan segala yang bakal majikan minta. Jika anda tidak tahu hendak bawa apa, anda tanya pada mereka. Anda perlu ambil berat akan hal ini supaya anda tidak tertinggal perkara yang penting.

3. Sediakan pakaian yang sesuai untuk di pakai nanti. Jangan pakai pakaian yang tidak kemas. Pastikan segalanya kemas.

4. Kemaskan muka anda. Kemaskan rambut, potong janggut supaya kemas. Begitu juga dengan misai. Anda jangan tangguh – tangguh, terus sahaja kemaskan muka anda sebaik sahaja anda tahu anda di panggil temuduga.

5. Sampai sahaja anda ke tempat temuduga, anda terus tutup telefon bimbit anda dan fokus terhadap proses temuduga anda. Jangan biarkan gangguan dari telefon menganggu fokus anda untuk berfikir.

6. Fikirkan 3 hingga 5 soalan untuk di tanya pada bakal majikan jika di beri peluang. Selalunya majikan akan beri peluang untuk anda bertanya sebagai medan menguji sama ada anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai syarikat atau tidak.

7. Sentiasa menjawab soalan. Jangan diamkan diri ketika temuduga, jawab sahaja apa yang anda tahu.

8. Dapatkan tidur yang cukup. Jaga pemakanan supaya tidak terkena jangkitan kuman atau makan makanan yang boleh memberi anda sakit kepala dan sebagainya. Tenangkan diri. Lagi tenang diri anda, lagi senang hari temuduga nanti.

8 Perkara Yang Dilarang Dalam Temuduga

Berikut adalah senarai kesilapan yang anda jangan lakukan. Jika anda lakukan juga, saya takut – takut temuduga anda akan gagal.

1. Jangan sesekali datang lewat ke tempat temuduga. Jika anda datang lewat, ia akan beri tanggapan yang buruk terhadap diri anda. Walaupun ada sebab konkrit kenapa anda datang lewat, mereka tidak peduli itu semua. Namun, jika anda tahu anda akan datang lewat atas sebab yang anda tidak mampu kawal, anda telefon pihak syarikat dan beritahu anda akan datang lewat.
2. Jangan datang temuduga dengan pakaian yang tidak sesuai atau tidak kemas. Pakaian mencerminkan peribadi anda.
3. Jangant tipu data di dalam resume anda. Menipu akan menyusahkan anda di kemudian hari jika semuanya terbongkar.
4. Jangan berkata bahawa anda bekerja di syarikat lama hanya untuk cari pengalaman kerana ia menunjukkan anda sedang lakukan perkara yang sama di syarikat mereka.
5. Jangan menjawab soalan dengan jawapan tidak tahu atau tidak. Sentiasa beri jawapan walaupun tidak lengkap.
6. Jangan bersikap kurang ajar dengan orang di tempat temuduga . Sentiasa jaga budi bahasa anda dengan semua orang.
7. Jangan biarkan telefon bimbit anda berbunyi apabila anda sedang di temuduga.
8. Jangan datang ke tempat temuduga dengan sikap dan fikiran negatif.Negativiti akan merosakkan mood anda.

Tips Temuduga: Ilmu Temuduga yang Anda Perlu Tahu

Temuduga adalah tempat di mana anda perlu jual diri pada majikan supaya anda di ambil bekerja di tempat mereka. Oleh itu , ilmu temuduga adalah penting sebagai bekalan untuk anda memohon pekerjaan nanti. Semakin mahir anda menghadapi dunia temuduga, semakin senang untuk anda peroleh pekerjaan yang anda mahu.

Seperti biasa, jika ingin berjaya dalam temuduga, anda perlu buat persediaan secukupnya.Antara perkara yang anda perlu buat persediaan adalah

• Ilmu untuk menjawab soalan yang bakal di tanya nanti.
• Pakaian yang kemas.
• Kenderaan pergi ke tempat temuduga dan perancangan untuk sampai awal ke lokasi temuduga.
• Menyediakan perkara yang pihak majikan suruh bawa seperti gambar, resume, sijil dan sebagainya.

Apabila persediaan anda lengkap, anda akan rasa lega dan berfikiran positif pada hari temuduga, Untuk dapat keputusan yang lebih positif, anda perlu setkan di dalam minda untuk mengkagumkan panel temuduga atau majikan anda. Anda perlu buat mereka rasa kagum pada diri anda.

Selain itu, anda perlu sentiasa tenang dan fokus. Anda jangan ambil peduli akan hal orang lain, foku sahaja pada hal anda. Apabila bercakap di hadapan panel temuduga, anda lontarkan suara yang secukupnya supaya mereka dengar dan faham apa yang anda sampaikan. Jika temuduga di jalankan dalam bahasa inggeris, pastikan lenggok bahasa anda mudah di fahami panel temuduga. Sentiasa senyum dan tenang jika fikiran anda mati iaitu tiada idea masuk.

Temuduga adalah proses yang senang jika kita anggap ia adalah senang.Namun untuk jadikan proses temuduga itu adalah senang, anda perlu berusaha.

Tips Temuduga: 6 Strategi Berkesan untuk Berjaya dalam Temuduga

Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlukan strategi yang berkesan dan tepat. Berikut adalah enam strategi yang anda boleh gunakan untuk persediaan menghadapi hari temuduga.

Strategi pertama: Mara dengan penuh yakin.

Apabila anda menerima panggilan untuk hadir temuduga, anda perlu ada keyakinan bahawa anda pasti akan dapat jawatan yang di tawarkan itu. Yakin akan membuang rasa takut jauh – jauh dan segala persediaan akan jadi lebih mudah.

Strategi kedua: Masukkan semua maklumat mengenai majikan ke dalam otak anda.

Buat kajian mengenai syarikat majikan dan ambil tahu semua perkara. Anda perlu tahu segala hal mengenai syarikat itu seolah – olah anda bekerja di bawah syarikat itu. Segala hal bermaksud maklumat yang mampu anda kumpul bukannya perlu tahu semua perkara.

Strategi ketiga: Belajar dan mahir mengenai skop kerja yang anda minta.

Anda perlu tahu apa yang hendak di lakukan jika anda bekerja nanti. Jika anda tidak mahir mengenai pekerjaan itu, anda buat kajian awal bagaimana hendak lakukannya kerana selalunya pihak syarikat ada sediakan latihan untuk pekerja baru. Namun, jika anda ada pengetahuan walaupun sedikit, anda ada peluang yang besar untuk di terima bekerja.

Strategi keempat: Belajar untuk bercakap secara spontan.

Kunci utama untuk jawab soalan dengan baik adalah daya anda untuk menjawab dengan ayat yang spontan. Apabila anda spontan, anda akan nampak bijak. Jangan jawab soalan menggunakan ayat karangan dan ayat yang bukan ayat percakapan.

Strategi kelima: Buat latihan secara langsung.

Anda sediakan beberapa soalan yang anda rasa pasti akan di tanya nanti. Kemudian anda panggil kawan atau ahli keluarga untuk jadi panel temuduga. Suruh mereka tanya soalan yang anda tulis itu dan anda cuba jawab sebaik mungkin. Baiki cara anda memberi jawapan dari semasa ke semasa. Latihan ini akan membantu anda untuk beri yang terbaik apabila berhadapan dengan temuduga sebenar nanti.

Tips Temuduga: 4 Langkah Menuju Hari Temuduga

Langkah pertama : Belajar mengenai syarikat.

Ambil tahu segalanya mengenai syarikat yang bakal menemuduga anda itu. Anda perlu tahu kenapa mereka perlukan anda dalam syarikat mereka dan apa yang anda perlu lakukan ketika bekerja nanti. Siasat visi dan misi syarikat itu di tubuhkan. Apabila anda jelas segalanya mengenai syarikat, anda pasti boleh menjawab apa sahaja soalan yang akan di beri nanti. Selain belajar hal dalaman syarikat, anda juga perlu belajar hal luara syarikat seperti persaingan yang mereka terpaksa hadapi, isu semasa yang melibatkan syarikat itu dan lain – lain.

Langkah kedua : Anda Kaji diri anda .

Untuk berjaya dalam proses temuduga, anda perlu pandai menjual diri anda. Jadi, anda kaji apa yang ada dalam diri anda dan siasat apakah yang mampu anda lakukan. Keluarkan segala jati diri yang anda ada seperti kebolehan memimpin, kebolehan berfikir dan perangai utama anda. Apabila anda tahu apa yang diri anda mampu lakukan, anda boleh menjual diri dengan baik nanti.

Langkah ketiga : Bersedia dan buat latihan.

Sediakan apa yang perlu untuk hadapi temuduga seperti pakaian, resume dan sebagainya. Pastikan rancangan anda jelas. Kemudian, anda buat latihan bercakap semasa temuduga nanti. Lakukan latihan sehingga anda berpuas hati. Apabila anda berlatih bercakap, anda tidak akan rasa gugup nanti.

Langkah keempat : Bersedia dan langkah dengan yakin.

Pada hari temuduga, anda perlu tekadkan di dalam hati untuk bersedia menerima apa sahaja yang bakal berlaku. Anda perlu letakkan keputusan temuduga pada perkara terakhir yang anda akan ambil peduli. Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah berikan yang terbaik.